Tengahari tadi, saya telah pergi ke Hospital Besar Sultanah Aminah,Johor Bahru. Sebenarnya saya melawat seorang kawan baik yang baru dimasukkan ke hospital semalam. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat perubahan diri kawan saya itu. Dulu dia seorang yang periang dan sangat aktif. Tetapi semenjak beberapa minggu lepas, dia diserang demam dan lepuh-lepuh kulit yang sangat teruk.
Semuanya berpunca apabila dia digigit tikus. Pada 2 Mei yang lalu, selepas dia digigit tikus, dia tidak mengambil sebarang suntikan di klinik. Semenjak dari hari itu, demamnya kian menjadi-jadi dan kini dia terlantar di hospital dan terpaksa di beri rawatan rapi kerana dijangkiti hawar.
Moral of the story, make sure…persekitaran rumah sentiasa bersih supaya tidak ada ruang-ruang pembiakan tikus. Semoga anda mengambil langkah yang drastik andainya ada ahli keluarga atau anda sendiri digigit binatang seperti tikus, kucing, labah-labah dan anjing. Pergi ke klinik dengan segera dan dapatkan suntikan untuk pencegahan penyakit berjangkit yang dibawa oleh binatang-binatang tersebut.