Lunalynn’s Weblog
Just another WordPress.com weblogBerhati-hati…
Tengahari tadi, saya telah pergi ke Hospital Besar Sultanah Aminah,Johor Bahru. Sebenarnya saya melawat seorang kawan baik yang baru dimasukkan ke hospital semalam. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat perubahan diri kawan saya itu. Dulu dia seorang yang periang dan sangat aktif. Tetapi semenjak beberapa minggu lepas, dia diserang demam dan lepuh-lepuh kulit yang sangat teruk.
Semuanya berpunca apabila dia digigit tikus. Pada 2 Mei yang lalu, selepas dia digigit tikus, dia tidak mengambil sebarang suntikan di klinik. Semenjak dari hari itu, demamnya kian menjadi-jadi dan kini dia terlantar di hospital dan terpaksa di beri rawatan rapi kerana dijangkiti hawar.
Moral of the story, make sure…persekitaran rumah sentiasa bersih supaya tidak ada ruang-ruang pembiakan tikus. Semoga anda mengambil langkah yang drastik andainya ada ahli keluarga atau anda sendiri digigit binatang seperti tikus, kucing, labah-labah dan anjing. Pergi ke klinik dengan segera dan dapatkan suntikan untuk pencegahan penyakit berjangkit yang dibawa oleh binatang-binatang tersebut.
Pulau Pinang…Pulau Mutiara
Puas sudah saya membawa anda semua mengembara ke jajahan Pantai Timur, beralihlah kita ke jajahan di Utara Malaysia. Ke sebuah pulau yang aman sentosa.Sudah semestinya Pulau Pinang, Pulau Mutiara.Saya ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Air Asia dari LCCT Kuala Lumpur dan mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bersama dua orang rakan baik saya, kami bertemu dengan keluarga angkat saya di sana. Kami disambut dengan begitu mesra dan saya dapat merasakan walaupun kami datang dari negeri yang berbeza, semangat persaudaraan antara kami sangat jelas kelihatan.
Pagi itu 31 Ogos 2007, sesampai sahaja di Gelugor, kami di bawa ke restoran nasi kandar untuk menikmati sarapan pagi. Sambil menonton perarakan Hari Kebangsaan yang ditayangkan di TV1 RTM, kami menikmati sarapan yang sangat sederhana tetapi sangat sedap. Saya memandu kereta yang dipinjam dari seorang kawan terus ke hotel tempat kami menginap.
Wajah-wajah ceria Read the rest of this entry »
Nanananana Ganu Kite..
Kaki jalan
Hi…
Nama saya Noorhaslinda binti Ab.Kahar atau ramai yang mengenali saya dengan nama Lin,Luna dan keluarga saya memanggil saya dengan nama gelaran Collin.Ini semua berpunca daripada arwah ayah yang terlalu meminati sukan hoki dan seorang pemain hoki yang bernama Collin Sta Maria.Umur..hmmmm cukuplah saya katakan saya telah hidup lebih daripada suku abad.
Saya bekerja sebagai seorang jurubahasa di mana tugas saya ini amat saya minati dari sejak kecil lagi. Tugas yang dilihat simple ini sebenarnya besar maknanya kepada sistem perundangan di Malaysia. Saya sebenarnya mempunyai hobi yang sebenarnya buat saya selalu pokai iaitu melancong. Tetapi kepuasan yang saya dapat hasil dari hobi ini betul-betul tidak dapat saya luahkan pada semua.
Kunjungilah blog saya yang seterusnya kerana saya akan membawa anda semua menjelajahi Malaysia melalui pakej percutian saya yang tak ternilai dengan kata-kata.
Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!


